Nombor Pin UPU – Cara Beli di BSN

Jom masuk Universiti tapi sebelum tu berikut adalah panduan bagi adik-adik untuk membeli No. Unik ID atau Nombor Pin UPU di BSN.
Beli Nombor Pin UPU

Ada 3 cara untuk membeli No Unik ID atau dikenali Nombor Pin UPU:

1. Beli Nombor Pin UPU di Kaunter BSN-mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Tak perlu ada akaun bank. Perlu ada nombor Kad Pengenalan.

Untuk membeli Nombor Unik ID UPU di ATM dan SMS Banking, perlu memiliki akaun/ kad BSN.

2. Beli Nombor Pin UPU di ATM (Automated Teller Machine)

  •     Masukkan Kad dan No Pin
  •     Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
  •     Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
  •     Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM”
  •     Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
  •     ‘YA’untuk meneruskan urusan
  •     Semak Maklumat
  •     Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
  •     Resit Dicetak

NO Unik ID dicetak di dalam resit tersebut.

3. Beli Nombor Pin UPU melalui SMS Banking

Perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking . Boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Untuk mendaftar di ATM atau CDM    Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa

  •     Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
  •     Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
  •     Masukkan No. Telefon Bimbit
  •     Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  •     SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.

Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli Nombor Pin UPU melalui sms.

SMS ke 36898  dengan menaip  PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP

contoh : PIN 012345 SPM 950101010101

*M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN

Jangan berlengah lagi. Beli Nombor Pin UPU di BSN hari ini juga sebelum permohonan ditutup.

4 thoughts on “Nombor Pin UPU – Cara Beli di BSN

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


+ 1 = 2